j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Saturday, 8 June 2013

Lagi Gambar Kemewahan Azhar Idrus

Dasyat ehh ustaz sorang ni.. Esey bukan nk buek fitnah do.. Kut manjang kuar gambar dgn keto bosar lah.. Motar bosa lah.. Poie melancong kehulu hilir.. Mano dtg duit ehhh.. Dr derma kek ceramah ko?

Tuesday, 4 June 2013

GAGAL JADI PM, BARAT MULA TINGGALKAN ANWAR

Selepas menjelajah ke seluruh negara untuk membantah kerana gagal menjadi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim kini sedar dirinya semakin dipinggirkan oleh sekutu-sekutunya.
Pembentukan kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Kelantan sehari selepas keputusan PilihanRaya Umum ke-13 diumumkan menunjukkan bermula pada peringkat awal lagi Pas dan Dap sependapat dengan Anwar.
Anwar meroyan kerana terlepas peluang terakhir menjadi Perdana Menteri tetapi bagi Pas dan Dap walaupun kalah untuk ke Putrajaya mereka tetap berpuas hati dengan prestasi masing-masing dalam PRU lalu.
 
Kini Anwar seolah-olah bercakap seorang diri dengan dibantu oleh beberapa kerat pemimpin PKR yang masih taksub dengan mimpi buruknya untuk menyalahkan Barisan Nasional dan Suruhanjaya Pilihan Raya atas kegagalannya.
Pengundi Cina tertipu dengan janji Anwar sehingga 97 peratus daripada mereka mengundi Dap tanpa mengambil kira apa bentuk tindak balas daripada orang Melayu yang melihat tindakan mereka itu sebagai satu pengkhianatan paling besar.
 
Himpunan-himpunan haram yang diadakan dihadiri kebanyakan orang muda Cina yang masih menaruh kepercayaan kepada Anwar walaupun mereka sedar telah ditipu.

Penyokong-penyokong Pas khususnya kini boleh dibilang dengan jari pada Himpunan 505 bagi menentang keputusan pilihan raya. 
Bukan sahaja penyokong pembangkang telah ditipu hidup-hidup oleh Anwar malah kawan-kawan Baratnya turut juga kena kencing.

Melihat kepada keadaan ini, media Barat dan suara-suara pelobi Yahudi yang dahulunya kuat menyokong agenda Anwar sudah mudah menarik diri secara perlahan.
Umpamanya pendedahan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mengenai sikap Anwar yang mungkir janji terhadap perjanjian beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menyerlahkan lagi kepada pihak Barat bahawa beliau bukannya seorang individu yang boleh dipercayai untuk menjayakan agenda mereka.
Sikap Anwar yang sukar berpegang apa-apa janji yang dibuat menyukarkan lagi pihak Barat yang selama ini mendokongnyya dari segi moral dan material untuk terus berbuat demikian. 
Malah tindakan Jusuf untuk membuat pendedahan pengkhianatan Anwar terhadap janji tersebut melalaui akhbar berpengaruh Wall Street Journal sebenarnya mempunyai mesej yang tersirat.
Jusuf seolah-olah mahu memberitahu kepada Amerika Syarikat dan negara Barat yang lain supaya sedar diri bahawa sudah tiba masanya mereka meninggalkan Anwar seorang diri dengan fantasinya untuk menjadi pemimpin Malaysia.

Agenda Barat untuk melihat Anwar sebagai patung bernyawa yang boleh dieksploitasi bagi kepentingannya di negara ini sudah sampai ke penghujung jalan.
Bagi Barat Anwar kini dilihat lebih banyak liabilitinya daripada faedah untuk terus menyokong beliau.

Mungkin mesej yang ingin disampaikan oleh Jusuf telah difahami mereka lalu tidak lama setelah temuramah WSJ, majalah Economist yang dianggap jurucakap Barat menyuarakan sentimen bahawa pada usia 66 tahun, masa tidak lagi menyebelahi Anwar untuk menerusikan kempennya bagi pihak Barat.
Malah Economist melihat masa depan politik Anwar semakin malap apabila beliau gagal memimpin pakatan pembangkang menumbangkan BN.

Barat melihat kegagalan Anwar pada PRU13 sebagai bukti kukuh bahawa harapan yang mereka sandarkan kepada beliau sejak 40 puluh lalu tidak membuahkan hasil yang diharapkan. 
Sejak 1998 ketika Anwar dipecat, pihak Barat dilihat begitu kuat menyokong agenda reformasi beliau sehingga media Barat tidak segan silu menganggap bekas pemimpin Abim itu sebagai 'West's best ever friend' atau kawan paling akrab Barat.

Mungkin pada masa itu Barat memandang rendah kemampuan BN di bawah mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertahan dan yakin Anwar mampu menumbang kerajaan melalui rusuhan jalanannya.
Namun jangkaan Barat pada ketika itu meleset kerana Anwar terus dihumban ke dalam penjara Sg Buloh tetapi tetap lagi berharap akan kejayaan anak emas mereka itu.

Setelah dibebaskan pada 2004 dan bergiat semula pada 2008, Anwar terus menjanjikan kejayaan kepada Barat bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri akhirnya tetapi pada 2013 juga cubaannya gagal.
Ini adalah usaha terakhir beliau dan besar kemungkinan tidak ada lagi peluang seterusnya untuk merealisasikan impiannya. 

Mungkin juga pihak Barat kini sedang mengintai-intai siapa tokoh politik di kalangan pembangkang yang boleh dibela bagi kepentingan mereka di rantau ini namun yang pasti ia bukan lagi orang yang bernama Anwar.


MONITOR ANWAR’S EVERY WORD DURING RALLIES AND ACT IF IT GOES OUT OF THE LAW


Pakatan Rakyat will hold Black 505 rally in Kuala Lumpur on June 15, still insisting the recently concluded general election was laced with fraud.
The organizer will engaged with the police and security agencies to ensure that the rally will be peaceful.
The word used ‘Pakatan’ in this case is very unusual because PAS had voiced out the party’s disagreement on the rally while DAP’s Karpal Singh had also said the party was against the rally.
Analyzing deeper, one can see that the only person that wanted the rally is Anwar Ibrahim, the PKR de facto chief who is very, very sore with the ‘turn of fate’ because he had expected and was 100 percent confident that the opposition front would win and he would be installed as the Prime Minister.
Even PKR’s deputy president Azmin Ali is against the rally, saying it was a waste of time and energy when one should be moving forward to serve the people.
Given such background, it is very clear that only Anwar is determine to incite and build up the momentum as well as pumping the minds and hearts of the followers to ‘create chaos’ so that the duly elected government is toppled.
Anwar is of course aided by none other than NGOs he had created and funded by foreign masters such as the Bersih whatever, Suaram and few others, who until today continue harassing and pin-pointing alleged corruptions and many more frauds – all have yet to have any proof shown – to support his claims.
Looking deeper and logically with a sane mind, it is obvious that Anwar is nearing ‘insanity’ with his obsession and such a man has no longer any fear of anything because his mind is no longer normal – it is abnormal.
Under the guise of so-called intellectualism which he espoused to foreign journalists – local journalists already knew him and his obsession very well – he continues to mesmerised the crowd at these rallies which is now becoming a cult.
Under such circumstances, the relevant authorities should monitor his speeches and aqction should be taken fast so that he stop ‘playing with the minds’ of the young followers and the middle-aged who are not exposed to both sides of the pictures he paints.
Fear of being labeled as government tool should be erased because as it is right now, Anwar and his cahoots had already painted a ‘bad perception’ of the police and all other government agencies.
Now that Barisan Nasional (BN) is back in power, perceptions should not be the obstacle for stern and firm actions under the laws because failure to follow the laws will confirm the perception.
So it is time the police monitor every word Anwar utter or said during the ceramah and is any is seditious or falls under inciting, just take action without fear.
It is time to stop his circus before sentiments of the young people are built up so intense that if this explodes on the street, there will be chaos.

Monday, 3 June 2013

Kenapa Anwar Tidak Minta Buat PRU Semula Bagi Semua Kerusi?


Setelah berminggu-minggu PRU-13 berlalu dan beberapa Himpunan haram diadakan untuk membantah keputusannya, kononnya kerana berlaku begitu banyak penipuan, akhirnya kita dihidangkan dengan satu laporan polis bagi menjustifikasikan bantahan itu, iaitu berkenaan dakwat tidak kekal.  Di ulang, ‘SATU’ laporan polis sahaja bagi kesemua ‘penipuan’.

Yang dilaporkan adalah kelemahan dakwat kerana  “hilang bila dibasuh” dan BUKANNYA penipuan kerana “mengundi dua kali”.

Atas alasan ini, maka PR mendesak agar keputusan PRU di 30 kerusi yang dimenangi BN diadakan semula.  Persoalannya, kenapa hanya 30?  Bukankah antara yang dijaja di internet oleh PR berkenaan seorang yang kononnya telah mengundi dua kali terjadi di kawasan yang dimenangi Fuziah Salleh dari PKR?  Kenapa kerusi yang dimenangi PKR tidak perlu diragui?

BN telah memenangi 133 kerusi dan PR 89.  Ini bermakna PR menjangka yang mereka boleh memenangi lagi 30 kerusi menjadikan jumlah kerusi mereka 119 dan BN tinggal hanya 103 kerusi.

Pelik sekali kerana PR hanya ingin membantah kerusi yang dimenangi oleh BN, tetapi menerima kemenangan partinya di semua 89 kerusi.  Sedangkan jika benar SPR adalah talibarut BN, kenapakah PR boleh memenangi sehingga 89 kerusi?

Bukankah lebih baik SPR memberi kemenangan besar kepada BN sehingga sukar untuk dipertikai?   Kenapa mesti membiarkan Dato’ Seri Najib tersentap dengan tsunami Cina?

Jika Anwar serius ingin mengadakan semula PRU di 30 kerusi tersebut, Anwar wajib terlebih dahulu membuktikan adanya kes penipuan dan bukan sekadar kelemahan.  Jika dakwat tidak kekal yang menjadi punca, maka Anwar wajib membawa bukti dan saksi bahawa ada yang telah mengundi dua kali.  Jika setakat dakwat hilang tetapi tiada kes pengundian dua kali maka itu bukan satu penipuan dan tidak perlu diadakan pengudian semula.

Malang bagi Anwar kerana beliau tidak mampu menampilkan apa-apa bukti atau saksi walaupun telah bersedia untuk membuat kecoh berkenaan kelemahan dakwat sepertimana rancangan awalnya dengan Ambiga.

Perlu diingatkan bahawa ‘tema’ himpunan bantahan Anwar ialah ‘blackout’ iaitu kononnya strategi utama penipuan SPR.

Tetapi, Anwar tidak pula membuat laporan berkenaan ‘blackout’, malah Anwar langsung tidak menyentuh secara terperinci mengenai kejadian blackout dalam ucapan-ucapan himpunan bantahannya.  Apa yang Anwar tumpukan hanyalah soal dakwat di jarinya yang senang dibasuh, itu saja.

Oleh itu, sepatutnya, Himpunan Bantahan 505 membawa tema ‘ink-out’ bukan ‘blackout’.  Tidak semena-mena penyokong buta tulinya menggelapkan gambar profile di laman sosial dan memakai baju hitam bagi menggambarkan ‘blackout’ sedangkan yang diperjuangkan ialah ‘ink-out’.

Mungkin penyokong PR tidak harus menggunakan ‘kegelapan’ bagi menunjukkan protes tetapi menggunakan gambar profile jari di laman sosial serta berjalan sambil menunjuk jari yang telah bersih dari dakwat kekal.   Cara ini adalah lebih sesuai dengan bantahan yang dibuat oleh Anwar yang mana langsung tidak ada kena mengena dengan ‘blackout’.

Nampaknya Anwar telah tersalah tema dan penyokongnya pula hanya mengikut membuta tuli.  

Apapun, kita harap agar adalah di antara beberapa penyokongnya yang cerdik sedikit dan mula bertanya kenapa tidak didesak PRU semula bagi semua kerusi?  Atau di manakah kejadian ‘blackout’ ketika proses pengiraan undi berlaku?   Atau di manakah semua pengundi hantu hilang selepas PRU?  Atau siapakah yang telah mengundi dua kali selepas dakwat di jarinya hilang?

Empat soalan ini sahaja yang kita minta dari penyokong Anwar untuk bertanya kepadanya dengan harapan Anwar tidak akan menjawab dengan ugutan “you ulang, I saman.”

Wednesday, 29 May 2013

Hantu Shen Yee Aun Buru Kit Siang


Kewujudan Red Bean Army, iaitu tentera siber DAP bukan lagi satu rahsia.  Jika sebelum ini ramai yang musykil dengan jumlah komen menyokong dan ‘like’ bagi sesuatu bahan yang menentang kerajaan di internet tetapi segala kemusykilan terjawab apabila seorang bekas pemimpin muda DAP sendiri mendedahkan akan kewujudan Red Bean Army ini.
Menurut Shen Yee Aun, Red Bean Army berjumlah sehingga 2000-3000 orang dan dibayar dari RM3000-RM8000 seorang.  Masing-masing mempunyai sehingga 20-50 akaun laman sosial dan beroperasi di beberapa tempat dengan dua pejabat utama di Komtar Pulau Pinang dan Hotel Concorde Kuala Lumpur.
DAP, bagaimanapun menafikan kewujudan tentera ini.  

Malah, Lim Kit Siang dalam blognya juga turut memberi perhatian kepada isu ini dan mempersoalkan kebijaksanaan Dato’ Seri Zahid Hamidi yang membuat kenyataan mengenai Red Bean Army DAP.
Kata Lim Kit Siang, mana mungkin DAP membelanjakan sejumlah of RM15 sebulan, atau RM180 juta setahun atau RM1.08 billion untuk keseluruhan enam tahun kewujudan Red Bean Army.  

Mungkin jumlah itu kelihatan terlalu tinggi untuk ‘dihadamkan’ oleh logik akal kita.  Tetapi, kita wajar memahami akan pentingnya pilihanraya ke-13 untuk DAP.  
Malah, ia terlalu penting sehinggakan mereka tidak mampu menyembunyikan campurtangan PAP Singapura bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat.  Slogan yang dilaungkan mereka yang berbunyi ‘Ini Kalilah’ sudah cukup untuk membuktikan bahawa mereka telah mencagarkan segala-galanya untuk PRU kali ini.  

Maka tidak hairanlah kenapa kaum Cina sanggup turun berdemonstrasi dalam Himpunan 505 sedangkan selama ini kerja berdemonstrasi ini hanya diletakkan di atas bahu PAS.
Jelas, DAP benar-benar terkilan dan kecewa kerana gagal memenangi PRU-13 walaupun telah berusaha bersungguh-sungguh menambah dan menukar pengundi di kawasan-kawasan ‘strategik’.  

Oleh itu, DAP masih mengharap yang Anwar akan mampu merampas kuasa dari BN melalui apa cara sekali pun.  

Namun, cita-cita DAP semakin sukar untuk dicapai dengan pendedahan mengenai Red Bean Army.  
Kini, rakyat tahu bahawa berpuluh-puluh ribu komen dan ‘like’ terhadap bahan yang menghentam kerajaan sebenarnya hanya mewakili lebih kurang 2,000 – 3,000 orang sahaja.  Justeru, segala propaganda mereka semakin kurang menyengat.  

Lebih buruk lagi, apabila Red Bean Army dibuktikan bukan sahaja sebagai samseng tetapi juga penipu tegar.  Mereka menipu dan terus menipu tanpa malu, walaupun penipuan mereka telah dibongkarkan berkali-kali.
Penipuan yang melampau dan tidak tahu berhenti bila sudah terkantoi membuktikan yang Red Bean Army bukanlah sekumpulan tentera yang bijak.  Perlahan-lahan Red Bean Army kini menjadi liabiliti kepada DAP di mana setiap bahan yang digembar-gemburkan mereka mula diragui oleh penyokong mereka sendiri.  Malah, ada juga dari kalangan pemimpin DAP sendiri yang bangun menangkis pembohongan mereka, contohnya dalam isu ‘blackout’.
Lim Kit Siang boleh terus menafi dan menipu, namun rakyat tahu bahawa tiada apa yang dapat seorang penipu lakukan untuk menyelamatkan diri selain terus menipu.  Dan Kit Siang memilih untuk terus menipu kononnya Red Bean Army tidak wujud.  Pelik sekali kerana Kit Siang tidak pula menghentam Shen Yee Aun, iaitu sumber asal maklumat mengenai Red Bean Army.  Sebaliknya, beliau hanya menghentam Dato’ Seri Zahid Hamidi.
Hakikatnya, sesiapa sahaja boleh mengesahkan kewujudan tentera bodoh ini jika benar-benar peka dengan aktiviti-aktiviti yang berlaku di internet, terutama laman-laman sosial.  

Bayangkan bagaimana satu bahan yang mengutuk kerajaan boleh mendapat ‘like’ sehingga lebih 50,000 dalam masa sejam?   Dan bagaimana satu artikel di Malaysiakini boleh menerima beratus-ratus komen dalam masa tidak sampai sejam dengan semua akaun pemberi komen tidak mempunyai ‘wajah’?
Justeru, sebelum Lim Kit Siang mempersoal kebijaksanaan Dato’ Seri Zahid Hamidi, lebih baik beliau sendiri mempersoalkan kebijaksanaan beliau sendiri.  Apakah jenis pemimpin yang menghabiskan jutaan ringgit untuk membayar tentera yang kurang bijak?   Apakah jenis pemimpin yang berjuang dengan cara samseng dan menipu?
Kini, terbukti berjuta-juta ringgit yang dilaburkan DAP dan PAP sudah pun lebur.  Red Bean Army sudah pun terdedah.  Penipuan mereka juga sudah terkantoi.   Hari ini, tentera ini terpaksa ke hulu ke hilir mengikut Anwar ke himpunan-himpunan haram.   

Agak-agak Kit Siang, siapa yang bijak, siapa yang bodoh?  

Monday, 27 May 2013

Ngeh Koo Ham Kurang Ajar Pada Sultan Johor

Barua cina ni!!! Dia ingat dia siapa!! Kau tau tak kau menumpang kt Tanah Melayu ni!! Siapa kau nak mempersoalkan titah Sultan.

Cina gampang Ngeh Koo Ham ni buat kenyataan dlm twitter dia pd 15 Mei 2013 "(MCA) is subservient to UMNO, now subservient to sultan? " Apa maksud cina ni? Statement cina ini dh menghina lambang kebesaran negara.

Lu berani mempertikai Rukun Negara, lu berani mencabar kewibawaan Sultan Johor & Raja2 Melayu, Lu berani mempersoalkan Undang2 Tubuh Negeri Johor.

Aku seru semua orang kasi sebarkan dan tuntut cina DAP Ngeh Koo Ham mintak maaf.. Aku jugak harap pihak berwajib kasi ambil tindakan!! Naik lemak dh diorang ni!!!


Thursday, 23 May 2013

Jangan nak bongaklah PAS, ekau pun samo nk gulingkan kerajaan

Kebelakangan ini kerap pula para pemimpin PAS tampil membuat kenyataan di media massa menegaskan parti itu tidak menyokong sebarang bentuk bantahan jalanan serta turut menafikan penglibatan atau kaitan langsung dengan dengan penganjuran Himpunan 505.
Nama lain bagi himpunan itu ialah Suara Rakyat 505 atau pun popular juga dengan panggilan Black 505, dikelolakan oleh geng Asal Bukan UMNO (ABU) yang mana ketuanya ialah Badrul Hisham Shaharin dan Haris Ibrahim yang cukup rapat dengan PKR.

Tujuan penganjuran kononnya untuk membantah penipuan yang dikatakan berlaku semasa PRU-13 tempohari walau hakikatnya motif utama ialah untuk meniru demonstrasi jalanan ala Arab Spring sekali gus bermaksud untuk menggulingkan Kerajaan melalui kaedah jalanan.
Namun bila mana satu demi satu pemimpin PAS yang serba prihatin ini mengkritik penganjuran bantahan yang dijadualkan berlangsung hujung minggu nanti, ia membayangkan seolah-olah andainya bantahan jalanan itu tetap juga berlangsung maka ia sama sekali tidak melibatkan PAS.
 Mereka bertegas betapa pentingnya keamanan dipertahankan dan amat perlunya bantahan sebegitu ditolak kerana dibimbangi sukar dikawal dan menjadi bibit-bibit awal kepada keganasan serta kekerasan.

Seimbas lalu dengan kenyataan demi kenyataan pemimpin PAS itu makanya tiada seorang pun ahli PAS mahu pun penyokongnya yang akan hadir di demonstrasi yang dianjurkan oleh NGO yang rapat dengan rakan sepakatan PAS dalam PR.

Itu juga bermakna tiada seorang pun pasukan 'pengakap' dari Unit Amal PAS yang akan tampil mengetuai bantahan itu sambil menjaga keselamatan peserta. 
 Mungkin perubahan sikap PAS ini demi menjaga nama baik parti setelah dalam beberapa siri bantahan terdahulu yang dianjurkan oleh NGO Bersih, ternampak sangat penglibatan dalam demonstrasi ganas sebelumnya.

Tapi betulkah PAS sudah berubah dan menolak bantahan Black 505 serta langsung tidak akan menyertai demonstrasi itu? 

Dengar boleh, percaya jangan. Dalam bab bermain sandiwara manis dalam media tapi belakang lain cerita sudah lama jadi asam garam PAS. 
Ini semua politik untuk jaga imej tapi bila tiba hari berlangsungnya bantahan jalanan, ahli dan penyokong PAS yang paling ke depan.

Tengok sajalah semasa demonstrasi ganas Bersih 2.0 dan 3.0 dulu, awal-awal cerita hampir kesemua pemimpin PAS menolak keganasan, tapi waktu berdemontrasi sebahagian pesertanya adalah ahli dan penyokong PAS. 
 Keadaan sama pasti berulang sebab PAS dan sandiwara jarang sangat berpisah. Wayang penolakan yang dilagukan oleh pemimpin-pemimpin PAS tika ini sekadar untuk mengalih pandangan semata-mata.

Jika bukan demikian seeloknya PAS membuat satu ketetapan rasmi yang jelas samada melalui Presiden atau Mursyidul Amnya bahawa PAS memang tidak akan terlibat dalam bantahan jalan Black 505 ini dan menyeru ahli serta penyokongnya untuk menghindarinya. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...